Sunday, August 31, 2014

Akim & The Magistrate - Mewangi

my fav song :) 

Penyakit SS

Kenapa aku perlu ada penyakit SS dalam erti " SUSAH SENYUM Masalah manis kot bila aku senyum , gigi penuh tak bersepah tp susah juga nk senyum . menyusahkan betul
bukan aku ni sombong masalah enth mulut ni agak nya kena letak penyepit kot ,
PLEASE jangan ingat orang yang susah senyum ni sombong , itu mungkin kekurangan kami ,

Sunday, August 10, 2014

peluang atau bala

Peluang datang sekali tapi aku pelung datang 2 kali tapi aku masih kayu tapi aku jadi kayu ada sebab aku tak nk mengharap benda yang aku sendiri pasti susah utk menjadi kenyataan . Aku rasa tak salah  . Ada pelung utk berborak tp aku blh blah macam  itu . Itu ego atau malu . Aku sendiri keliru yang pasti aku masih puas hati sbb aku hilang kan peluang itu rasa menyesal masih ada tapi tak leh lawan kepuasan itu . Kepuasan aku sendiri tak thu apa yang aku puas sangat . Puas dengan ego aku konon tinggi kelangit atau Mungkin aku puas sebab aku blh tunjuk ego aku pada dia .itu semua tak penting . Kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku .

simpan sikit bodo*

Simpan bodo* itu sikit . Cuba kau kat tempat dia agak-agak alasan member je kot kau blh ke kau terima 100 peratus . Hello kita ni manusia ada sejuta perasaan. Blh ke kita tepis jika perasaan itu nak datang jadi jangan jadi bodo* . Patut member tlg satukan bukan kau pergi keluar sama-sama . Aku yang dengar pun dh sakit hati belum lagi yang merasainya malas aku nk tegur nanti terasa . Satu je aku mintak kalau betul tak suka jangan layan biar kena dengan apa kau cakap apa kau lakukan jangan ckp lain buat pun lain itu nama nya sembang keling faham .  Mmg senang ckp kawan je cuba aku keluar dgn pakwe kau. Enth3 dlm hati kau dh sumpah serana .

Sunday, June 29, 2014

sakit

kita sendiri tidak tahu bila ia akan datang 
adakah kita akan sentiasa sihat 
jadi bersiap sedia 
jangan terlalu leka 
adakah kita telah bersiap sedia 
adakah kita mampu menempuhnya 
adakah kita sanggup
adakah kita terima seadanya 
adakah orang sekeliling kita akan bersiap sedia 
jika kehilangan kita 
atau kita adakah suda bersiap sedia 
berambus dari dunia fana ini 
adakah kita sudah cukup bekalan nya 

get well soon friend . 30/6/2014
Aku doakan kau 

Saturday, June 28, 2014

BERUBAHAN

Perubahan perlu ada pada setiap orang 
walaupun ia hanya seinci 
lebih bagus 
daripada tiada langsung 
kerana aku risau 
ia akan membuat kau semakin jauh dari agama kau 
dan bukan aku 
nak berkata orang yang 
tiada perubahan itu jahat 
tapi sebenarnya 
ia adalah
JAHIL 
dulu aku selalu kata kan 
" hidayah aku belum sampai "
takdir kita , kita sendiri boleh ubah 
aku tarik balik kata - kata aku 
sebab kita di zaman yang sangattttttt
MAJU !
hanya di hujung jari kita boleh tahu 
segalanya
tolong letakkan perubahan itu pada hati anda 
sebelum anda terlambat 
 

selamat berpuasa untuk semua umat islam

.

Sunday, June 15, 2014

mati

mati ..
takut untuk orang yang fikir belum cukup amalannya
sebaliknya untuk orang yang sentiasa ingat dunia hanya sementara tapi akhirat itu selamanya
akan tidak sabar untuk mdekati mati
aku sendiri takut ,
takut jika dosaku tidak diampunkan
takut jika amalan ibadah ku tidak cukup
takut jika solat ku itu tidak diterima
cuma aku perlu sentiasa memperbaikinya
cuma aku perlu sentiasa ingat kepada nya
cuma aku perlu sentiasa ringan untuk berzikir
tapi kita sebagai manusia
dikeliling kita terlalu banyak syaitan yang  mempengaruhi kita
menghasut kita adakah kita sedar atau tidak
aku sentiasa terpikir bagaimana jika aku berada
didalam " liang hadad"
adakah aku tersepit ,
adakah aku dalam kegelapan
adakah aku menjerit meminta pertolangan
meminta keampunan
subahanALLAH
ampunkan dosa-dosa ku secara sengaja atau tidak
ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa ku
ampunkan dosa-dosa semua umat islam yang masih hidup atau sudah pergi .

Saturday, June 14, 2014

teman

Memang semua kita boleh label kan mereka sebagai kawan,
tapi adakah mereka yang sentiasa ada diwaktu susah dan senang,
adakah dia akan dahulukan kita yang sedang kesusahan,
dan dia hanya akan memberikan seribu satu alasan,
untuk elakkan bersama dengan kita, 
dikala kita senang , kita tidak dpt melihat wajah orang lain, 
kerana dia sering bersama kita,
sebenarnya kita boleh lihat adakah dia kawan atau lawan 
dalam masa satu hari atau 20tahun akan datang
percaya manusia yang disekeliling kita akan berubah dalam masa sesaat
walaupun perubahan itu sedikit atau sebaliknya
Untuk memahami seseorang tak semestinya dalam tempoh yang lama,
hargai kawan yang ada dihadapan kita 
jangan tunjuk yang kita tak perlukan dia kerana 
kita dah ada yang lebih baik.
ingatlah pertolongan yang pernah dihulurnya walaupun
hanya memijamkan kita 20sen,

Monday, June 9, 2014

mata

Pandangan mata ku seakan-akan penuh,penuh melihat manusia-manusia yang menuju ketempat yang mereka ingin pergi Aku memerhati kan mereka Sambil kotak fikiranku ligat berfikir Begitu banyak perbezaan mereka semua Dan sungguh indah setiap ciptaan tuhan Setiap ciptaannya ada rahsia yang tersirat Begitu juga kehidupan kita yang ada perbezaan. setiap orang Bermacam ragam bermacam rupa bermacam bangsa Bermacam jenis Begitu juga kehidupan yang banyak perbezaan ada suka duku nagis tawa pahit manis. Dan Kita sebagai manusia harus tabah kuat untuk merentasi . Dan kehidupan kita bagaikan kain putih yang bersih dan kita yang akan mencorakkan nya mengikut kata hati bagaimana kita untuk mencorakkan . Seakkan kita yang ingin kejalan yang lurus atau sebaliknya . tapi kata orang ikut hati mati jadi gunakan akal fikiran yang ALLAH swt telah berikan

keindahan

mencari setiap keindahan yang ada pada seseorang
itu tidak akan kekal lama
kerana keindahan itu akan menjadi buruk apabila
dihiasi hiasan tambahan iaitu
kekurangan seseorang
tetapi keindahan ALLAH SWT
tak pernah ada kurang nya

kata orang

kata orang , 
barang terpakai bukan best pun , 
dah lama , orang ramai dah pakai pastu mesti banyak kerosakkan 
tapi kadang-kadang barang terpakai lagi lama bertahan 
sebab
selalunya barang terpakai kita mesti dah tahu 
apa kerosakkan yang terdapat padanya 
berbanding barang baru dalam diam kita tak tahu entah -entah 
ada kerosakkan seribu dalam satu 
dan mungkin kita tidak boleh terima kerosakkan nya dengan terbuka 
kerana kita ingatkan ia sudah cukup sempurnan 

Thursday, March 6, 2014

pergi

Aku tak mengharapkan seseorang yang boleh berada disisi aku 
Ketika aku memerlukan walaupun realitinya itu yang aku sendiri mahukan 
Tapi aku tahu itu tak akan berlaku
Kerana setiap orang ada kehidupan nya masing-masing 
Ada kebahagian masing-masing
Ada orang lebih patut diutamakan 
Aku cuba untuk tidak berkecik hati 
Dan aku cuba untuk tabahkan hati 
Aku tahu mungkin masa ku belum tiba
Untuk seseorang yang mungkin lebih penting akan 
Hadir dalam diriku
Dan aku tak akan lupa pada 
ALLAH SWT  
Itu lebih patut aku utamakan 

Sunday, February 23, 2014

kota raya

Pandangan mata ku seakan-akan  penuh,penuh melihat manusia yang ada di kota raya
 yang sedang  menuju ketempat  yang mereka ingin pergi
Aku memerhati kan mereka  Sambil kotak fikiranku ligat berfikir  
Begitu banyak perbezaan Antara mereka semua Dan sungguh indah setiap ciptaan tuhan  Setiap ciptaannya ada rahsia yang tersirat Begitu juga kehidupan kita yang ada perbezaan dan rahsia.
setiap orang
Bermacam ragam bermacam rupa bermacam bangsa
Bermacam jenis
Begitu juga kehidupan yang banyak perbezaan ada suka duku nagis tawa pahit manis. Dan
Kita sebagai manusia harus tabah kuat untuk merentasi . Dan kehidupan kita bagaikan kain putih yang bersih dan kita yang akan mencorakkan nya mengikut kata hati bagaimana kita untuk mencorakkan . Seakkan kita yang ingin kejalan yang lurus atau sebaliknya .

Tuesday, February 18, 2014

cuba tidak salah

Cuba dah terus mencuba
Mungkin bila disebut cuba dah terus mencuba
Ia seakan mudah untuk disebut
Bahkan jika ia dimintak melakukan
Ia amat sukar
Mungkin kerana ia akan mengingatkan kita pada
Seseorang atau situasi
Yang sukar untuk kita lupakan
Dan mungkin kita cuba tetapi hati kita tetap sukar untuk membuangnya
Kata orang kenangan jangan dipakasa melupakan
Tetapi biarkan ia kerana lama kelamaan ia akan pergi
Mengikut peredaran masa
Ia akan hilang dengan sendirinya
Mungkin mengambil masa yang lama
Dan kita boleh terus cuba untuk bersabar menerima
Segalanya yang telah di takdir kan .

kitar semula

manusia yang datang dan pergi , 
aku ibaratkan  seperti kitar semula,
dengan mudah datang dan dengan mudah pergi ,
ada juga yang datang dengan susah payah dan pergi dengan semudahnya 
ibaratkan orang asing yang bersusah payah datang ke Malaysia yang konon nya ingin mencari rezeki tapi realitinya sebaliknya yang mereka lakukan dan dengan semudah itu pihak berkuasa menghantar mereka pulang.


adakah kau juga sebegitu , 
datang kepada ku hanya utk 
menjadi bahan kitar semula ku 
dan mungkin ada sebalik hikmah kenapa 
kau begitu senang pergi meninggalkan aku 

aku percaya pada takdir 
mungkin kau hanya pelakon tambahan yang hanya 
untuk memeriahkan sesebuah cerita 
mungkin hero aku akan datang tapi 
aku tidak tahu bila ia akan hadir 
tapi aku tahu setiap sesebuah cerita 
\sebelum pengakhiran cerita 
akan datang hero nya 
untuk menjadi penyelamat 
dan mungkin ia akan 
datang menjadi 
imam dalam solat ku 

amin 

kanak-kanak

Waktu ini aku menyangkakan,
diriku sudah cukup puas dengan kehidupan kanak-kanak,
Mungkin aku sudah bosan hidup dikongkong,
Walaupun realitinya tiada apa yang dikongkong,
Mungkin itu hanya kerana semakin hari,
Darah remaja aku semakin meletus,
yang konon nya inginkan kebebasan,
Yang konon nya inginkan hidup sendiri,
Yang konon nya inginkan membuat keputusan dengan sendiri,
Tapi realitinya sekarang aku sangat merindui zaman Kanak-kanakku .

yang dahulunya,
aku membuat apa sahaja yang aku Mahukan,
Melakukan setiap pergerakkan dengan ikut gerak hatiku,
dan setiap apa yang aku lakukan ada sahaja yang,
Akan tercuit mungkin dahulu aku seorang yang comel,
Jika aku dpt putarkan masa itu kembali aku,
Aku ingin menjadi kanak-kanak selamanya,

Monday, February 17, 2014

mungkin

mungkin kau jodoh ku ,
mungkin kau adalah sahabat ku,
mungkin kau lah musuh dalam selimut ku ,
adakah mungkin akan berlaku ,

hanya ALLAH swt yang tahu segala-galanya,
kita cuma perlu bersiap sedia apa yang akan berlaku,
mungkin lagi beberapa minit,
atau tahun akan datang .